BLOGSPOT WAKLELEONLINE UNTUK DIJUAL

Pengumuman,
Memandangkan saya kurang aktif dalam bidang perikanan buat masa kini, saya berhasrat untuk menjual laman blogspot wakleleonline kepada sesiapa yang berminat secara bidaan. Sesiapa yang membida pada harga yang tertinggi maka segala maklumat dan alamat blogspot ini boleh menjadi hak mutlaknya selamanya.

Harga pembukaan adalah sebanyak RM 2500 ( segala keperluan untuk menukar banner dan logo syarikat akan dibantu dan diuruskan sepenuhnya )

Jika berminat untuk membida sila sms saya dengar kadar segera. Butir-butir pembida akan dipaparkan dari semasa ke semasa di halaman blogspot wakleleonline ini.

Sekian, terima kasih

CEPAT CEPAT JARING UNTUK DIJUAL

Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli jaring pembenihan keli, terdapat 2 set terakhir sebagai penghabisan stok. Sesiapa yang berminat sila sms saya dengan segera. Harga tidak termasuk kos penghantaran tetapi penhantaran boleh diuruskan.

Siapa cepat dia dapat.

TENAGA PENGAJAR KURSUS PEMBENIHAN KELI

Kepada mana-mana syarikat atau perseorangan yang berhasrat untuk menganjurkan kursus pembenihan keli pada setiap bulan tetapi tidak mempunyai tenaga pengajar, bolehlah menghubungi saya untuk mendapatkan khidmat selaku tenaga pengajar.

Tawaran hanya tertumpu di sekitar negeri JOHOR, kawasan MELAKA dan NEGERI SEMBILAN mungkin akan dipertimbangkan.

Kadar bayaran akan ditetapkan mengikut perbincangan dan persetujuan bersama. Jika berminat sila sms saya nama syarikat,tarikh dan lokasi penganjuran. Kursus hanya boleh dijalankan seawal seminggu selepas perbincangan dicapai.

ASSALAMUALAIKUM

Selamat datang ke blog FAQ mengenai keli. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog utama iaitu Blog WAK LELE ONLINE. Di sini saya akan menceritakan atau memberi ilmu yang berkaitan dengan dunia pembenihan dan penternakan keli. Di harap ilmu yang diberikan ini dapat dikongsi bersama dan dimanfaatkan sepenuhnya ke jalan ALLAH. Sama-sama lah kita menghayatinya. InsyaALLAH...

Mari bermanja dengan ikan anda. Sila klik di mana-mana bahagian kolam 10 x 10 tilapia merah dan hitam di atas untuk memberi pelet kepada ikan. Bagi pelet sambil mengira ikan. Latihan asas kepada mereka yang berminat untuk menternak ikan. Semoga terhibur.