KUALITI AIR

SISTEM RAS ??


Apa itu RAS?

RAS adalah singkatan kepada Re-Circulating Aquaculture System. RAS adalah satu sistem yang dihasilkan dalam pembersihan kolam ternakan di mana ia diwujudkan bagi menjaga kualiti air dalam penternakan ikan. Ia boleh diaplikasi kepada apa jua jenis kolam ternakan.
Rajah di atas menunjukkan bagaimana RAS berfungsi

Kenapa RAS penting ?

Tidak ramai mengetahui bahawa dalam penternakan apa jua jenis ikan, pH 7 adalah pH yang amat sesuai. Dalam dunia keli contohnya, pH 7 menjamin pembesaran ikan dengan sekata dan penjagaan air dalam pH 7 menjadikan tekstur dan mutu ikan lebih baik. Di negara maju teknologi ini telah lama diaplikasikan dan penggunaan sistem RAS ini menjadikan kawasan sekitar tidak berbau busuk disebabkan oleh air ternakan ikan kita dan tidak menggangu alam sekitar terutama jiran yang duduk berhampiran dengan lokasi penternakan kita. Air yang dilepaskan juga tidak kotor dan tidak mencemarkan alam sekitar.

Rajah menunjukkan penggunaan sistem tangki RAS

Penggunaan RAS amat penting dan menjimatkan masa serta wang kerana air ternakan tidak perlu ditukar bagi satu kitar penternakan di mana air tidak perlu ditukar untuk 3 bulan. Kolam yang kotor dapat dicuci dalam tempoh kurang daripada 20 minit dengan menggunakan pam air berkuasa 1 HP dan air tersebut masih boleh digunakan.
APLIKASI RAS PADA SISTEM PENTERNAKAN DALAM POLYTANK

PENAMBAHBAIKAN PADA SISTEM RAS

Sistem RAS sedia kala adalah tidak mencukupi. Ini kerana rata-rata mereka yang menggunakan sistem RAS asal akan mengalami masalah di mana tangki RAS mereka akan kotor. Selain sukar untuk dicuci, air yang dikitar juga tidak memuaskan. Untuk mengatasi masalah ini, penapis tambahan boleh ditambah bagi menambahbaik sistem sedia ada.
Seperti dalam gambarajah di atas, 4 penapis tambahan digunakan di mana penapis 1 dan 2 adalah dibina daripada span biasa. Oleh itu segala kotoran seperti habuk dan sisa najis ikan akan melekat kepada penapis tersebut sebelum memasuki tangki RAS yang sebenar. Kemudian air akan melalui penapis 3 dan penapis 4 di mana ia adalah sekecil 5 mikron. Oleh itu air dapat ditapis dengan baik sebelum melalui arang untuk penyerapan ammonia dan batu karang untuk menambahkan kalsium dan zat kepada air ternakan.

Gambarajah menunjukkan tangki RAS yang diubahsuai dan ditambahbaik dengan menambahkan 4 penapis tambahan supaya dapat memperbaiki mutu air ternakan yang dikitar.

APA ITI pH?

pH bermaksud p[H+] atau p kepekatan ion Hidrogen. Kepekatan ion Hidrogen yang akan menjadikan sesuatu pH itu bersifat asid atau alkali. Jika kepekatan ion Hidrogen sangat tinggi maka ia bersifat asid dan jika kepekatan ion Hidrogen adalah rendah maka ia bersifat alkali.

Sifat Asid :
1. Masam
2. Mengakis jika dalam keadaan pekat
3. Permukaan kasar

Sifat Alkali
1. Pahit
2. Mengakis jika dalam keadaan pekat
3. Permukaan yang licin

Asid kaya dengan ion Hidrogen bercas positif manakala alkali kaya dengan ion hidroksida iaitu OH bercas negatif.

Apa gunanya pH terhadap ternakan ikan keli ?


Keli adalah sangat sensitif terhadap keadaan air yang berasid dan boleh menyebabkan kematian dan keli mampu bertahan dalam keadaan alkali sehingga pH 9. Ini tidak bermakna bahawa saya mengatakan keli sesuai hidup di kawasan pH 9 tetapi apa yang ingin ditegaskan di sini adalah mereka hanya mempu bertahan jika keadaan alkali yang tinggi tetapi keli akan hidup di dalam keadaan yang tertekan. Ini akan menjejaskan tumbesaran ( terbantut ) ikan keli lebih-lebih lagi anak ikan.

Oleh itu penggunaan air hijau tidak digalakkan kerana memasukkan tahi ayam ke dalam kolam ternakan akan menyebabkan air berlumut ditambah dengan najis keli yang bersifat ammonia. Ammonia adalah alkali.

Jika kita membiarkan air paip atau apa-apa jenis air di dalam kawasan yang tidak mengalir, ( tanpa meletakkan tahi ayam ) pancaran cahaya matahari akan menukarkan air tersebut kepada warna hijau kerana kehadiran mikroalga. Ini menunjukkan air biasa pun akan menjadikan air kolam bertukar hijau dan ditambahkan dengan tahi ayam maka air kolam akan menjadi kotor dan berbau busuk. Lebih-lebih lagi penggunaan air hijau oleh tahi ayam adalah untuk menghasilkan moina sedangkan anak ikan melebihi 1 inci ke atas hingga 3 inci yang dimasukkan ke dalam kolam tidak lagi memakan moina. Keadaan akan bertambah parah jika kita menambahkan pula keladi bunting di atasnya.

Kajian telah menunjukkan bahawa apa jua jenis ikan akan membesar dengan baik dan berkualiti jika diternak pada pH 7 iaitu pH yang neutral tanpa kehadiran asid atau alkali.

FAKTA :

Kami pernah mempunyai rekod selama dua tahun di kolam tanah di mana dalam keadaan semula jadi oleh pancaran matahari, pH pagi adalah 7, tengah hari menunjukkan pH 8 manakala petang pH menunjukkan 9. Oleh itu anak ikan yang dibesarkan di kolam tanah telah dilatih di dalam keadaan yang ekstrem dari kecil dan ini menjadikan ia tahan lasak apabila dipindahkan ke dalam apa jua jenis kolam untuk pembesaran. Jika anak ikan ditetaskan dan diasuh di dalam kolam simen atau tangki polytank yang berada di dalam bangunan, ia tidak merasai keadaan yang ekstrem akibat faktor semulajadi seperti perubahan pH yang mendadak dan akan menjadi masalah apabila dipindahkan ke kolam ternakan lain untuk pembesaran.
Gambarajah menunjukkan benih ikan keli yang di asuh atau dibesarkan dalam kolam tanah

Tidak bahayakah jika air betukar hijau kerana cahaya matahari ?


Bahaya. Ini kerana kehadiran mikoralga memang terbukti dapat menyejukkan air terhadap ikan kerana ia dapat melindungi ikan daripada pancaran matahari. Mikroalga adalah sejenis tumbuhan. Ia mempunyai klorofil dan mampu menghasilkan oksigen pada siang hari TETAPI pada malam hari, tumbuhan akan menjadi seperti manusia di mana ia akan berespirasi iaitu mengambil Oksigen dan membebaskan Karbon Dioksida. Ini akan menyebabkan banyak oksigen akan ditarik daripada air ternakan pada malam hari dan ikan akan berada dalam keadaan tertekan kerana kekurangan oksigen ditambah dengan kehadiran karbon dioksida yang amat toksik kepada ikan.

Apa itu respirasi ?

Respirasi adalah proses di mana semua benda hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuhan mengambil oksigen dan glukosa yang akan digunakan oleh setiap sel untuk menjana tenaga. Bahan buangan sel adalah karbon dioksida, air. hasil respirasi ini adalah tenaga di mana tenaga digunakan oleh benda hidup untuk membuat kerja atau untuk kekal sihat.
Berikut adalah persamaan respirasi :

Apa perlu saya buat jika air bertukar menjadi hijau kerana matahari ?

Air hijau dikategaorikan sebagai "masalah air" yang diberi nama sebagai "GREEN CLOUDY". Oleh itu kita perlu menukar 25% air dan gantikan dengan air yang baru. Jika ada kelapangan kita boleh menukar semua air kolam dan gantikan dengan air yang baru. Kerana itulah penternak digalakkan mencuci atau mengganti air secara berkala iaitu dua minggu sekali. Penggunaan sistem RAS adalah lebih baik kerana ia memudahkan urusan untuk merawat air.

APA ITU EM ??

EM adalah singkatan kepada Effective Microb.

Kenapa perlu menggunakan EM ?

EM yang digunakan di dalam kolam ternakan membantu dalam pembesaran ikan. Mikrob terbahagi kepada dua iaitu mikrob yang jahat atau patogen dan mikrob yang baik. Dalam badan manusia contohnya kita mempunyai mikrob yang baik yang tinggal di dalam usus besar dalam membantu proses penguraian. Mikrob yang digunakan dalam kolam ternakan ini membantu dalam proses pembesaran ikan kerana ia membantu dalam melawan jangkitan. EM juga membantu dalam membersihkan air kolam ternakan di mana ia menguraikan bahan-bahan yang tidak dikehendaki di dalam air kolam seperti najis ikan dan ini menjadikan air kolam bersih dan kurang toksik kepada ikan.


Bilakah perlu kita meletakkan EM dalam kolam ternakan ?

EM perlu ditambahkan ke dalam kolam ternakan setiap 2 minggu sekali ke dalam air baru selepas kita menukar air kolam untuk membuat grading atau mencuci kolam. EM membantu ikan dalam melawan jangkitan. Penggunaan EM akan menyebabkan ikan bertambah sihat.


Sesuaikah kita menggunakan lampu UV( ultraviolet ) dalam sistem pembersihan air ( RAS ) ?

Tidak sesuai. Lampu UV akan membunuh semua mikroorganisma. Dalam pertanian contohnya, lampu UV digunakan untuk menarik serangga ke lampu tersebut untuk menghindari serangga dari mengganggu tanaman. Lampu UV ini akan memandulkan serangga supaya tidak akan membiak. Bagi manusia pula, pendedahan lampu UV yang berlebihan boleh mengakibatkan kanser kulit.

Bagi ternakan ikan pula lampu UV ini akan membunuh semua mikroorganisma termasuk mikrob yang baik dan jahat. Ini akan mengakibatkan ikan kurang mendapat bantuan dalam melawan jangkitan dan terdedah kepada serangan penyakit. Sebaiknya apabila air tapisan melalui UV, perlu ada satu tangki khas penyimpanan air sebelum air dilepaskan ke kolam ternakan di mana tangki ini ditambahkan dengan EM dahulu. Laluannya adalah seperti berikut :


RAS ---> UV---> EM ---> air dilepaskan ke kolam ternakan


Mari bermanja dengan ikan anda. Sila klik di mana-mana bahagian kolam 10 x 10 tilapia merah dan hitam di atas untuk memberi pelet kepada ikan. Bagi pelet sambil mengira ikan. Latihan asas kepada mereka yang berminat untuk menternak ikan. Semoga terhibur.