HORMON

Kenapa perlu hormon pembenihan ?

Hormon pembenihan ikan digunakan dalam menghasilkan anak ikan pada skala komersial. Tujuan penggunaan hormon adalah merangsang induk betina untuk menggandakan pengeluaran telur untuk tujuan disenyawakan dengan sperma.
Hormon merangsang betina sahaja dalam menggandakan pengeluaran telur dan ia tidak merangsang ikan untuk melakukan seks untuk tujuan pembenihan bagi jantan. Oleh itu untuk ikan keli hanya betina sahaja yang perlu disuntik dan jantan tidak perlu kerana ini akan membazirkan hormon.

Apa beza hormon Ovaprim, Overtide, DOM dan KEDOM ?

Tiada perbezaan di antara keempat-empat jenis hormon ini dan penggunaan serta keberkesanannya adalah sama kerana hormon hanya bertindak dalam merangsang atau menggandakan bilangan telur yang akan dihasilkan oleh induk betina. Bezanya Ovaprim dan Overtide dibawa masuk dari sebelah Barat manakala DOM adalah daripada Taiwan. KEDOM pula adalah mirip kepada DOM cuma ia dihasilkan 100% dari bahan yang diperolehi daripada dalam negara (MALAYSIA). Tiada perbezaan dalam nisbah suntikan di antara hormon tersebut.

Gambarajah menunjukkan hormon pembenihan ikan KEDOM + MSW yang setanding dengan hormon yang lain. 100% Bumiputera dan terbukti berkesan !

Berapakah nisbah suntikan hormon bagi ikan untuk pembenihan?

KELI : Ikan perlu ditimbang terlebih dahulu sebelum suntikan dibuat. Jika anda menggunakan hormon KEDOM + MSW, setiap1 KG ikan keli sebanyak 0.5ml hormon diperlukan. Jika berat keli yang ditimbang adalah 1.5 KG contohnya, kita memerlukan 0.75ml homon.
PUYU : Bagi ikan puyu kita hanya memerlukan sebanyak 0.05ml sahaja bagi tujuan pembenihan dengan menggunakan KEDOM+MSW. Jika jantan berada dalam musim mengawan, maka selepas betina disuntik, dalam masa 24 jam betina akan menghasilkan beribu-ribu biji telur dan dalam masa lagi 24 jam ia akan menetas. 

Gambarajah cara penyuntikan ikan puyu bagi tujuan pembenihan dengan menggunakan hormon KEDOM+MSW

Bagi puyu betina badannya besar dan kembang jika dilihat dari atas manakala jantan biasanya kecil dan panjang. Kita sukar memastikan yang kecil adalah jantan kerana kadangkala ikan kecil tersebut adalah betina yang sedang membesar atau tidak cukup makan. Oleh itu untuk mengelakkan kekeliruan kita perlu menyuntik kedua-dua jantan dan betina untuk pembenihan dengan menggunakan hormon.
AMARAN : Bagi ikan puyu sila guna picagari berjarum kecil atau picagari insulin

Jika sehari selepas disuntik jantan tidak mahu mengawan, maka kita dapat melihat kesannya di mana air akan bertukar menjadi berminyak dipermukaan air. Jika jantan mengawan maka akan ada banyak minyak dipermukaan disertakan dengan ribuan biji telur.
Untuk mengatasi masalah jantan yang tidak mahu mengawan maka bagi seekor betina yang disuntik, kita perlu memasukkan 4 atau 5 ekor ikan kecil ( jantan ) bagi tujuan mengawan.
BAUNG & PATIN : Kita menggunakan 1.5ml bagi setiap KG. Ini berbeza dengan ikan keli dan tekniknya juga berbeza. Bagi baung dan ikan patin, kita suntik 0.5 ml. Biarkan 6 jam kemudian kita beri tambahan suntikan sebanyak 1.0ml dan baru dibiarkan 10-12 jam sebelum pembenihan dilakukan.
TILAPIA : Kita tidak perlu menggunakan hormon bagi ikan tilapia kerana daripada eksperimen kami, tilapia mengambil masa seminggu untuk mengawan. Oleh itu, untuk membuat pembenihan bagi ikan tilapia, sediakan satu kolam yang besar, letakkan 50 ekor jantan dan 150 ekor betina dan dibiarkan selama seminggu atau dua minggu. Selepas tempoh tersebut kita akan dapati beribu-ribu anak ikan akan menetas di kolam tersebut. Pembenihan secara semulajadi dan menggunakan hormon bagi tilapia tiada perbezaan dari segi tempoh. Oleh itu penggunaan hormon adalah satu pembaziran.
KETUTU : Ketutu cara pembenihan adalah sama seperti puyu dimana selepas ikan disuntik, kita lepaskan jantan dan betina di dalam kolam ternakan. Telur ikan ketutu adalah jenis melekat. Oleh itu kita perlu meletakkan gelung paip PVC yang besar supaya selepas mengawan ikan ketutu akan masuk ke dalam gelung tersebut dan telurnya akan melekat di dalam gelung PVC tersebut. Selepas bertelur kita boleh mengambil atau memisahkan induk dengan telurnya.

Mari bermanja dengan ikan anda. Sila klik di mana-mana bahagian kolam 10 x 10 tilapia merah dan hitam di atas untuk memberi pelet kepada ikan. Bagi pelet sambil mengira ikan. Latihan asas kepada mereka yang berminat untuk menternak ikan. Semoga terhibur.