AMAL

KURSUS ASAS BAHASA ORANG PEKAK

Kepada sesiapa berminat untuk mengikuti kelas bahasa isyarat untuk orang pekak bolehlah mendaftar di

No.6-13A, Menara KLH,
Bandar Puchong Jaya
47100 Puchong, Selangor.

Hubungi : 03 80709309

ASRAMA DARUL FALAH PERKIM



BERITA BAIK !! KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN
Kepada mana-mana badan kebajikan, badan pertubuhan atau sesiapa sahaja yang ingin membuat hebahan atau sebarang aktiviti yang bukan berdasarkan keuntungan adalah dialu-alukan untuk dipamerkan di blog saya ini tanpa sebarang bayaran.


Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan menghubungi PENGURUSAN BLOG dan menghantar email maklumat atau butiran terperinci mengenai aktiviti tersebut kepada PENGURUSAN BLOG dan maklumat anda akan disiarkan diruangan ini.

Anda boleh menghubungi kami di ruangan " Hubungi " seperti yang tertera di atas blog.

Iklan atau maklumat anda HANYA akan dipamerkan di sini sahaja dan PENGURUSAN BLOG ini tidak menjanjikan sebarang maklum balas yang segera daripada pengunjung blog atau sebarang bantuan yang anda harapkan dari iklan tersebut daripada orang ramai.

Semoga dengan bantuan yang tidak seberapa ini diharap dapat membantu golongan yang memerlukan dan dapat digunakan ke jalan yang benar. InsyaALLAH.....

Sudahkah anda bertanya khabar ibu bapa anda?
UTAMAKANLAH KELUARGA ANDA
Syurga wanita ( berkahwin ) di bawah kaki suami
Syurga kaum lelaki adalah di bawah tapak kaki ibu
Renungkanlah.. taubatlah sebelum terlambat



Para sahabat bertanyakan,apakah seksa yang didapatinya(orang meninggalkan solat) semasa di dunia,jawab Nabi SAW:

Semasa di Dunia
1. Hilang berkat umurnya(hidupnya cuma dengan kekosongan, walaupun kelihatan hidupnya mewah,kemewahanya itu hanya istidraj belaka).

2. Hilang keberkatan rezekinya(rezekinya terbuang kepada sia2 belaka,walaupun ia kaya raya tetapi kekayaannya itu menjadi laknat baginya.

3. Dihilangkan ALLAH tanda orang soleh pada mukanya.

4. Tidak diakui ia masuk golongan Islam
(ia termasuk kepada golongan MUNAFIQ,bzahirnya sahaja Islam,batinnya MUNAFIQ).

5. Segala amal baik yang dikerjakannya (sedekahnya dan lain-lain) tidak memperolehi pahala.

6. Doanya tertolak Menurut yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a,katanya telah mendengar Rasulullah saw bersabda-“Bermula orang meninggalkan sembahyang itu ia dari golongan Islam,Allah tidak menerima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah,puasa dan syahadatnya.”

Semasa Hampir Ajal
Kemudian bertanya lagi para sahabat,’Ya Rasulullah,apa pula seksa yang akan diterimanya sewaktu hampir ajalnya?” Jawab RASULULLAH SAW:

1. Adalah matinya dalam kehinaan(yakni pencabutan ruhnya dengan tidak ada belas kasihan).

2. Matinya dalam kelaparan(maksud kelaparan di sini bukan kerana tiada makanan yang sedia,tidak,hanya makanan cukup,tetapi nafsunya tiada lagi,perut lapar tetapi tidak dapat memakan sesuatupun kerana hebat sakitnya sewaktu ruhnya akan keluar).

3. Matinya juga dalam dahaga,dan kalaupun sekiranya diminumkan air yang ada didunia ke mulutnya sekalipun,tidak bisa menghilangkan kedahagaannya kerana sakit penanggungannya di waktu sakratulmaut itu. Ada riwayat yang menjelaskan bahawa kepada orang yang meninggalkan sembahyangnya akan Allah suruh seekor ular besar.”SUJA’UL AKRA” namanya. Mata ular itu dari api,sedang ular itu bertangan dan berkuku daripada besi,lain dari yang lain.Suja’ul Akra ni membawa alat pemukul dari besi yang berat.Ia akan berkata kepada mayat itu dengan suaranya yang bagaikan halilintar,katanya”Aku disuruh Tuhanku untuk memukul engkau sebab engkau meninggalkan fadhu Subuh sehingga waktu Zuhur,kemudian dari Zuhur ke Asar,dari Asar ke Maghrib,dari Maghrib ke Isya’ dan dari waktu Isya’ hingga sampai ke Subuh” lalu “Suja’ul Akra” itu memukul si mati, setiap kali dipukul lenyap terbenam ke bumi sedalam beberapa ratus hasta. Kemudian dikeluarkannya dengan kuku besinya itu,lalu bertanya seperti permulaan dan dipukul lagi dengan hebat dan dahsyatnya sekali. Demikianlah terus menerus hari demi hari sehingga ke Kiamat kelak (Naudzu billahi min dzalik).Ada juga orang-orang kurang yakin adanya azab atau siksa di kubur itu.

Semasa Bertemu Tuhannya
Adapun seksa ketika bertemu dengan Tuhannya di Hari Kiamat kelak, maka datanglah seorang malaikat yang menyeksanya yang padanya rantai panjang.Rantai itu diikatkan ke leher orang yang meninggalkan sembahyang itu seraya dimasukkan ke mulutnya dan keluar langsung dari duburnya.Dengan demikian ia ditarik-tarik dan disentap-sentapkan, hal keadaannya tunggang-langgang dan malaikat yang menghelanya itu berteriak-teriak katanya:“Inilah balasan bagi orang yang meninggalkan sembahyang yang difardhukan". Kemudian langsunglah orang itu ditarik serta dihumbankan ke Neraka Jahanam yang bernama “Saqar”.

Kedua, keluar dari seksanya kelak,tidaklah Allah mengampuni ke atasnya dan bagi mereka yang meninggalkan sembahyang itu,seksa dan azab yang hebat dan pedih.Ketiga, nanti sewaktu di Hari Kebangkitan,Allah tidak menaruh rahmat serta belas kasihan kepadanya.

Mari bermanja dengan ikan anda. Sila klik di mana-mana bahagian kolam 10 x 10 tilapia merah dan hitam di atas untuk memberi pelet kepada ikan. Bagi pelet sambil mengira ikan. Latihan asas kepada mereka yang berminat untuk menternak ikan. Semoga terhibur.