PENJAGAAN

APA ITU FCR ??

FCR adalah singkatan kepada Food Convertion Ratio

Apa fungsi sebenar FCR ?

FCR digunakan dalam mengetahui berapa jumlah beg makanan pellet yang diperlukan bagi ternakan untuk setiap kitaran iaitu dari benih sehingga umur untuk dituai bagi setiap kolam ternakan yang ada. FCR juga adalah sukatan untuk mengetahui kadar keuntungan dan kerugian kepada penternak.

Bagaimana nak tahu untung atau rugi dari FCR ?

FCR diukur bagi setiap kilo ikan yang dijual. Dari FCR kita ketahui bahawa setiap kilo ikan berapa jumlah pellet makanan yang diperlukan. FCR yang disyorkan oleh Jabatan Perikanan kepada penternak adalah sekitar 0.6 atau 0.9 sahaja dan nilai ini bergantung kepada jenis kolam.

Contoh : ( FCR 1 : 0.6 )

Ini bermaksud bagi setiap kilo ikan, hanya 600g pellet atau 900g ( jika 0.9) digunakan dari usia benih sehingga kita jual.

Maksud FCR adalah

Jumlah ikan per KG nisbah kepada jumlah berat makanan per KG

1 KG ikan : 0.6KG

Jika kita ingin menjual 6 atau 7 ekor ikan per KG maka jumlah makanan yang diperlukan dari benih hingga umur jualan hanya 600g sahaja. Di sini kita dapat menilai keuntungan dan kerugian dalam penternakan kerana kita ketahui bahawa beg pellet dari apa jua jenis jenama di pasaran hanya memuatkan 20KG pellet seguni atau per beg. Jika kita perolehi harga pellet pada RM 50 contohnya, maka RM 50 perlu dibahagi dengan 20KG. Maka kos makanan ikan akan menjadi RM 2.50 per KG. Jika kita menggunakan FCR 1 : 2 iaitu 1 KG ikan diberi makan dengan 2 KG pellet maka kos ikan sahaja telah jatuh kepada RM 5 sedangkan rata-rata harga keli pellet hanya sekitar RM 3.20 - RM 4 jika dijual kepada peraih. Itu belum meliputi kos pekerja dan utiliti serta lain-lain kos yang terlibat.

AMARAN

Kepada penternak baru atau lama yang belum mengetahui mengenai FCR, FCR bergantung kepada jenis kolam dan bergantung kuat kepada cara pemberian makanan kepada ternakan oleh penternak. FCR mengikut tangan kita sendiri untuk mengetahui berapa jumlah beg pellet yang diperlukan jika kita ingin menternak keli bagi 1 pusingan atau 1 kitaran dan bukannya mengikut otai atau penternak lama.

Ramai penternak yang mengalami kegagalan adalah kerana kegagalan mengetahui mengenai FCR dan kegagalan dalam menguruskan kualiti air ternakan.

FAKTA

Ikan keli adalah seperti ikan emas dimana ia akan sentiasa makan jika diberi makanan. Oleh itu pengawalan pemberian makanan diperlukan supaya tidak mengotorkan air dan tidak mengalami kerugian. Anda boleh menguji dangan memberi makanan pada jam 8.00 pagi dan pada jam 2 petang ambil seekor dan perutnya dibelah. Anda akan dapati bahawa akan ada pellet yang belum dihadam.
Mari bermanja dengan ikan anda. Sila klik di mana-mana bahagian kolam 10 x 10 tilapia merah dan hitam di atas untuk memberi pelet kepada ikan. Bagi pelet sambil mengira ikan. Latihan asas kepada mereka yang berminat untuk menternak ikan. Semoga terhibur.